Friday, June 1, 2012

DEBAT MCA - DAP

Pada 18 Februari dan 20 Februari 2012 yang lalu,  telah saya tuliskan pandangan peribadi saya tentang Debat di antara Presiden parti MCA dan Ketua Menteri Pulai Pinang, yang mewakili DAP, yang pernah diadakan sebelum ini. Kini nampaknya debat yang sama akan diadakan lagi untuk kali kedua.

Saya tidak mengatakan bahawa pandangan yang saya kemukakan itu semuanya betul, tetapi saya sebenarnya melahirkan keperihatinan saya tentang implikasi debat itu terhadap masyarakat Islam di negara kita, dan kesucian Islam itu sendiri sebagai agama negara yang seharusnya tidak terlalu banyak dipersoalkan.

Bagaimana pun, saya dengan ini hanya ingin menarik perhatian , khususnya masyarakat Melayu dan Islam, kepada dua pengisian blog yang saya tuliskan itu menjelangnya pusingan kedua debat yang berkenaan.

Tuesday, May 29, 2012


MARAH.....!  MARAH LAGI.....!

Kalau kita bertanya kepada sesiapa saja di sekeliling kita tentang MARAH, kebanyakan mereka akan berkata bahawa kita akan menjadi lebih baik sekiranya kita TIDAK MARAH. Namun begitu nampaknya masyarakat manusia pada hari ini kelihatan semakin dihinggapi penyakit marah, dan penyakit ini telah menular ke keseluruhan peringkat dan pangkat manusia, tanpa mengira umur, jentina, pendidikan, status dan sebagainya.

Marah nampaknya menjadi sebagai satu industri besar pada hari ini, dan amat malang sekali bahawa perkembangan industri ini telah menjalar ke dalam masyarakat manusia kini sebagai satu punca kecelakaan dan kehancuran masyarakat manusia itu sendiri.

Kita menemui orang2 yang marah di atas jalan raya ketika memandu kenderaan, suami isteri dan anak beranak bercakaran, marah2 dalam radio dan tv oleh artis dan juru acara, malah yang lebih serius lagi ialah kemarahan di antara "kita dan mereka", yang bermaksud bahawa "kita dan mereka" ialah golongan2 yang bersaing dalam perniagaan, mencari wang, pangkat, kuasa,  iaitu dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan sebagainya, ketika terdapat persaingan dan perebutan, sehingga lahir slogan yang seolah2 berbunyi "Kita mesti marah kepada mereka!" "kita adalah kita" "mereka adalah mereka" "tidak ada jalan keluar kecuali : marah..marah..dan marah lagi"..."marah dalam portal berita, dalam internet, blog, akhbar, pentas kempen politik..." dan...dan....

Hari ini kita melihat medan Tahrir di Mesir sekali lagi berasap dan terbakar, bukan kerana api dan minyak petrol, tetapi kerana marah yang meluap2 diantara orang2 yang naik emosinya ketika terdapat dua orang calon presiden yang mara ke peringkat akhir, yang satu marah kerana seorang calonnya ialah bekas PM zaman Husni Mubarak terpilih, dan yang satu lagi kerana calon Ikhwanul-Muslimin yang juga berjaya ke peringkat seterusnya.

Di Syria pun orang marah2 kerana dalam dua tiga hari ini, terdapat amukan askar dan tentera yang dikatakan menyokong regim pemerintah Bashar Al-Asad yang membunuh orang awam dan pemberontak. Api kemarahan orang ramai yang berkumpul dan bertegang leher tidak dapat dikawal lagi, kerana mereka mempunyai sebab untuk marah..lalu mereka sungguh2 marah.

Ahli ilmu psikologi memberikan  beberapa sebab kenapa orang menjadi marah. Pertama kerana marah adalah merupakan reaksi biasa kepada emosi manusia. Kedua orang yang marah sering mencurahkan kemarahan mereka kerana tiada mempunyai saluran lain. Ketiga ialah kemarahan telah menjadi ketagihan kepada sesetengah golongan, sebab itu golongan ini sering marah, dan terus marah saja.

Dalam konteks negara kita, mungkin kita boleh bertanya juga kenapakah rakyat kita pada masa2 yang terakhir ini nampaknya selalu marah2 saja? Marah kepada Polis, Tentera, SPR, SPRM, PTPTN, FELDA, BN, UMNO, PAS, PR, malah ada yang marah2 kepada orang yang membida nombor "plate" kereta "WWW...."?

Kalau kita kembali kepada analisis ahli ilmu jiwa tentang tiga sebab yang membawa kemarahan seperti yang disebutkan di atas, mungkin sebab pertama itulah yang menyebabkan orang selalu marah, iaitu sebagai satu reaksi kepada emosinya sebagai manusia biasa, tetapi hal itu pun kembali kepada sebab yang kedua, iaitu emosinya meledak dan ia menjadi marah kerana ia melihat tidak ada jalan lain untuk menghadapi situasi yang tertentu itu selain dari marah, tetapi tak ada alternatifkah untuk melepaskan kemarahan kepada Polis umpamanya, iaitu dengan berdialog, mengadu kepada KPN, umpamanya? Demikian juga dengan sikap marah kepada agensi dan pihak2 lain itu, tidak adakah cara lain yang boleh didekati selain dari mengamuk dan marah2?


Jadi nampaknya sikap marah2 itu hanya kerana sebab ketiga saja yang menjadikan seseorang itu marah, iaitu marah telah menjadi satu ketagihan kepada sesetengah orang, sebab itu kalau dia tidak marah, dia merasa "gian" dan ketagih, lalu kenalah dia marah, walau pun tanpa sebab !

Bagi orang Islam ada banyak ubatnya untuk mengatasi rasa marah. Sejukkan hati dan emosi dengan wuduk, istighfar banyak2, ingatkan Allah, marah kepada syaitan dan iblis yang menggoda dan menghasutnya supaya selalu marah, sembahyang dan doa, insya' Allah terubatlah marahnya. Habis2 sangat kalau masih nak marah, ambil kitab suci Al-Quran, baca apa2 ayat dan surah yang boleh, ayat al-Kursi dan sebagainya....Minta Allah lindungkan dari jin dan manusia yang sering memberikan rasa was-was dalam hati manusia...nyahkan rasa buruk itu...tambahan pula Allah itu berserta orang2 yang sabar...

Yang anihnya, kadang2 orang2 yang tidak tahu penawar marah yang kita orang Islam tahu ini, mereka nampaknya lebeh sabar dan tenang, tak marah atau mahu berlumba ketika berada di atas jalan raya, tidak memotong "Q" dan sebagainya....tidak menunjukkan kelakuan marah ketika berkumpul dan membantah sesuatu, malah mungkin tidak ada apa yang boleh kita namakan "Mat Saleh Spring" seperti "Arab spring" yang sedang cuba diimpot oleh sesetengah masyarakat manusia kini....

Kenapa kah kita marah juga? Tepuk dada tanyalah hati...

"Wallah A'lam Bissawab, Wa Ilaihil-Marji"u Wal-Maab"


Saturday, May 26, 2012


WARGA MALAYSIA SEPERTI KANAK-KANAK !?

Itulah komen Irshad Manji ketika ia mengeluarkan kenyataannya  tentang tindakan Kerajaan Malaysia mengharamkan bukunya "Allah, Liberty and Love" , iaitu ketika ia menyatakan "Cencorship treats citizens like children. Cencorship denies human beings their free will to think for themselves" (Penapisan ini menjadikan warga (Malaysia) seperti kanak2. Penapisan ini juga menafikan hak mutlak manusia untuk berfikir mengikut kehendak mereka) - terjemahan bebas saya.

Saya berharap kenyataannya ini tidak mempengaruhi pemikiran warga negara Malaysia, bahawa perlaksanaan peruntukan  undang2 negara kita yang menuntut pengharaman penerbitan tertentu itu adalah merupakan tindakan yang memperkecil2kan pemikiran dan mentaliti semua warga negara kita, sehingga dengan itu semua warga negara kita akan merasakan bahawa mereka telah dilayan seperti kanak2 mentah yang tidak tahu berfikir.

Bagi saya tidak semua perkara dalam dunia ini yang semua warga negara diberikan kebebasan mutlak, dan tidak ada negara dalam dunia ini yang tidak mempunyai undang2 untuk menghad atau mengharamkan sebarang penerbitan dan media yang dinggap merbahaya kepada sesebuah negara dan warga negaranya, mengikut adat resam, budaya, agama, keselamatan dan sensitiviti yang tertentu.

Saya juga mengharapkan bahawa Kerajaan kita tidak perlulah mengambil tindakan ke atas penulis ini seperti yang sering dilakukan oleh kerajaan2 Islam lain apabila terdapat orang luar yang bertindak dan bersuara seolah2 memperkecil2kan Kerajaan dan mengemukakan pemikiran yang menghina dan menyelewengkan fakta tentang Allah dan agama Islam itu sendiri, kerana sebagai seorang manusia ia bebas mengeluarkan kenyataannya itu, malah Kerajaan telah pun mengharamkan bukunya yang menampilkan idea menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Mungkin Kerajaan tidak seharusnya melayan kenyataan itu lagi, atau menghiraukan andaiannya tentang tindakan Kerajaan kita yang dikatakan beliau telah menjadikan warga kita seperti kanak2. Biarkanlah ia berkata sebarang apa pun, asalkan rakyat kita memahami isu yang sebenarnya dan memahami apakah maksud mesej yang hendak disampaikannya dalam buku tersebut yang telah pun diharamkan.

Negara kita telah mengamalkan prinsip2 demokrasi ke tahap yang amat tinggi dan menghormati hak2 asasi manusia yang dilindungi oleh undang2 kita sendiri sebegitu rupa seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan kita. Kebebasan bersuara diberikan kepada semua asalkan tidak melampaui batas dan tidak termasuk ke dalam pengertian menghasut yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat kita keseluruhannya.

Mungkin kenyataan penulis ini belum lagi sampai ke tahap menghasut seperti yang terkandung di dalam peruntukan undang2 kita, tetapi dari sudut etika dan nilai moral, Manji mungkin telah melampaui batasan ketika dia cuba mengemukakan ideanya bahawa perutusannya dalam buku ini telah membawakan pengertian "mengkompromi perintah Allah dan kebebasan" Dalam kenyataannya ia menegaskan (The irony that this book makes the case for faith. It empowers readers to reconcile  Allah and freedom, showing that Muslims can be independent thinkers and profound believers in a loving God"

Ketika saya menulis pandangan saya ini, saya pun sedar bahawa dalam masyarakat liberal dan bebas pada hari ini, mungkin terdapat orang2 Islam di negara kita sendiri yang menyokong Irshad Manji dan membantah pengharaman bukunya itu, termasuklah penerbit tempatan buku ini dalam bahasa Melayu yang bercadang untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan buku ini ke mahkamah.

Tetapi bagi saya pendirian rasmi yang diambil oleh Kerajaan itu haruslah dipertahankan, kerana hal itu dengan sendirinya menggambarkan kepekaan kita kepada ajaran Islam yang selama ini sering diselewengkan dengan tujuan2 yang tertentu mengikut rentak dan lenggang pihak2 lain yang ingin melihat Islam dimalapkan cahayanya di dalam negara kita ini yang masih bertahan dengan segala cabaran moden dan global yang mungkin ingin melihat negara kita ini juga tunduk kepada tekanan penjajahan akal fikiran yang bebas dalam mengamalkan Islam yang sejati.

Semua orang sedar bahawa pendirian rasmi dan tegas dari pihak Kerajaan ini sememangnya tidak dapat menghalang para pembaca kita dari mendapatkan kandungan buku ini sepenuhnya dari versi digital yang juga disebut oleh Irshad Manji ketika menutup kenyataannya dengan memberikan alamatnya sekali, termasuk juga mendapatkan versi bukunya yang telah diharamkan sebelum ini. Tetapi seperti yang saya sebutkan di atas bahawa hakikat ini tidaklah menafikan hak Kerajaan untuk menjalankan tindakannya yang tegas mengharamkan buku ini dari teresbar di depan mata kepala kita seolah2 kita merestui segala penyelewengan yang dibawakannya. Isu mendapatkan naskhan digital itu adalah isu peribadi masing2 yang tidak dapat disekat lagi dalam dunia maya ini.

Sepatutnya Manji tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sinisnya lagi ketika dia sendiri sedar bahawa sesiapa yang ingin membaca bukunya itu maka mereka dapat membacanya melalui versi digitalnya.

Malah saya merasa dia agak keterlaluan ketika menutup kenyataannya yang terakhir menyatakan "May the citizens of Malaysia deepen their personal faith and defend their God-given free will" (Semoga Rakyat Malaysia mampu menguatkan iman, dan mempertahankan kebebasan mutlak yang diberikan Tuhan kepada mereka) - terjemahan saya.

Kenyataan inilah yang menunjukkan siapakan sebenarnya yang cuba memperkecil2kan kedudukan rakyat Islam di Malaysia yang seolah2 tidak kuat imannya dan tidak dapat menggunakan kebebasan berfikir yang diberikan Allah kepada hamba2-Nya itu. Orang itu ialah Irshad Manji sendiri, kerana dialah yang sebenar2nya cuba untuk mengajar kita tentang kebebasan dan keimanan, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul. Siapakah Irshad Manji yang hendak mengajar kita dan menghukum rakyat Muslim kita ini? Siapakah dia?

Tuesday, May 22, 2012

MUZAKARAH : ELOK BATALKAN !

Saya setuju dengan pendirian Presiden PAS bahawa muzakarah yang dibicarakan dengan heboh sekarang ini diantara PAS dan UMNO itu haruslah dibatalkan sahaja. Kalau diteruskan juga dalam segala prejudis dan keritikan yang tidak beretika sekarang ini, maka dengan sendirinya muzakarah itu tidak lagi bersifat keislaman dan amat menyimpang dari  etika serta nilai akhlak Islam.

1. Islam di negara kita ini bukan HANYA kepunyaan UMNO atau PAS, tetapi kepunyaan semua umat Islam tanpa mengira keturunan dan fahaman politik masing2, oleh itu sebarang muzakarah, dialog, diskusi, seminar, persidangan, wacana, konvensyen dan namakan saja apa2 perbincangan lain tentang Islam, maka semua pihak berhak dan sepatutnya mengambil bahagian, bukan UMNO atau PAS sahaja. 

2. Pendirian PAS yang menyatakan bahawa PAS hanya akan  mengadakan muzakarah dengan NGO's memang boleh diterima, kerana hal itu adalah haknya, tetapi tidak membawa erti bahawa  PAS sahaja yang berjuang untuk Islam sehingga dengan itu PAS sahaja yang boleh menentukan sebarang isu mengenai Islam dan agendanya.

3. Kalau PAS boleh bermuzakarah dengan NGO's, maka haruslah diterima bahawa UMNO juga boleh bermuzakarah dengan NGO's kerana UMNO juga mempunyai agenda pembangunan Islam, malah telah berjuang untuk Islam sejak puluhan tahun kewujudannya lagi.

4. Untuk mencari kebaikan, terlepas dari persoalan politik kepartian, maka Islam tidak haruslah dipolitikkan, dan tidaklah seharusnya merupakan satu perjuangan politik yang diberikan gambaran seolah2 terdapat pihak yang membolot perjuangan Islam, dan terdapat sebuah parti politik Melayu sahaja yang memperjuangkan Islam, sedangkan parti lain tidak mempunyai agenda keislaman. Islam tidak seharusnya dilebalkan sebagai Islam ala PAS, ala UMNO, ala Melayu, Arab dan sebagainya, malah Islam adalah Islam yang satu; syariah, akidah, rukun Islam, rukun Iman, ihsan, nilai akhlak dan keseluruhannya adalah mempunyai persamaan dari segi prinsip dan dasar umumnya.

5.    Alangkah baiknya kalau dalam keadaan sekarang, ketika Islam telah banyak disalah ertikan, dipolitikkan sebegitu rupa, maka umat Islam sendiri keseluruhannya yang seharusnya mengadakan muzakarah sesama sendiri, secara ilmiah dengan fakta dan data yang berasaskan penyelidikan dan kajian menyeluruh tentang pembangunan Islam di negara kita ini.

6.     Mungkin gabungan dari beberapa buah institusi pengajian tinggi, badan2 bukan Kerajaan yang bebas, tokoh2 akademik dan profesional, para pendakwah dan aktivis masyarakat dan Islam yang ikhlas, perlu berganding bahu untuk mengadakan muzakarah atau dialog ini tanpa sebarang prejudis dan berat sebelah, malah muzakarah diadakan dengan penuh jujur untuk mengupas dan berbincang tentang apakah pengertian Islam yang sebenarnya, apakah agendanya, apakah kemajuan dan kelemahannya selama ini, apakah perjuangan Islam dalam dunia ibadat, dunia akhirat,  fenomena fizikal dan spiritualnya, aktiviti pendidikan, perbankan, kewangan, kerohanian, media, sosial, politik  dan sebagainya, dan bagaimanakah Islam dapat dibangunakn dengan lebeh baik lagi di dalam negara kita yang secara umumnya telah pun terkehadapan dalam penghayatan dan perlaksanaan Islam ini.

7.     Islam bukanlah hanya ritual dan fardu 'ain semata-mata, malah Islam merangkumi segala hal ehwal kehidupan keseluruhannya. Islam bukan hanya terletak kepada lambang dan retorik, tetapi perlaksanaanya yang praktikal dan menjadi amalan harian di dalam masyarakat. Istilah2 Kebangsaan, Sekular, Tidak Islamik, Tak Mahu Islam, ekstrem, radikal, sempit dan sebagainya haruslah dianalisa dengan baik, bukan menjadi permainan bibir untuk tuduh menuduh tanpa bukti dan asas yang kukuh. Orientasi pembicaraan tentang Islam ialah orientasi ilmu, bukan propaganda dan emosi melulu.

8.    Kesimpulannya, dalam keadaan sekarang, ketika hampir semua negara Islam di dunia ini mengalami kerisis identiti, kerisis pemikiran, konflik diantara mazhab, pertumpahan darah sesama sendiri, pembunuhan dan sebagainya, maka telah tiba masanya pihak masyarakat Islam yang ikhlas dan jujur, penuh insaf dan sedar, dengan penuh ilmu dan akhlak, haruslah segera bangun membetulkan keadaan dan menunjukkan jalan yang benar, malah menjelaskan dengan sepenuhnya apakah Islam itu yang sebenarnya dan apakah agenda, world view nya, kerana Islam tidak lagi hanya dapat dipelajari melalui pentas2 politik, pentas2 kempen pilihan raya, iklan2 jual ubat, kalangan yang memperalatkan agama untuk kepentingan tertentu, atau melalui orang2 yang taksub politik,  tertutup akal mindanya, kerana Islam adalah kepunyaan seluruh ummah, maka muzakarah ummah saja yang dapat menjernihkan keadaan dan membetulkan pemikiran ummah juga.

9.   Batalkan saja muzakarah politik, kerana muzakarah ini mungkin hanya akan membawa lebeh banyak kekeliruan dan perpecahan, dan sekali gus menghapuskan kesepaduan dan kesatuan umat Islam di negara kita ini, terutamanya ketika negara kita berada di ambang pilihan raya, maka sebarang muzakarah mungkin hanya akan digunakan sebagai alat untuk memancing undi, tujuan politik yang sempit dan tidak sesuai dengan matlamat syariah dan cara hidup Islam yang sebenarnya. Cukuplah dengan perpecahan dan kecelaruan yang berlaku selama ini di dalam masyarakat kita. Cukuplah !

Friday, May 18, 2012

IRSHAD MANJI

Saya perhatikan bahawa dalam dunia Islam kini, sesiapa yang sering mengenengahkan slogan tentang perjuangannya untuk Islam sering mendapat sambutan, terutamanya apa bila slogan yang dikemukakan itu adalah merupakan slogan dan simbol bagi memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia dan sebagainya yang menjadi prinsip perjuangan semasa dunia pada zaman kini.

Inilah rasanya yang berlaku ketika seorang "penegak keadilan" Muslim yang bernama Irshad Manji mengembara ke seluruh dunia untuk menyibarkan "dakwah"nya bagi menegakkan "keadilan" Islam dan misinya bagi "memperjuang"kan hak asasi manusia, menurut tafsirannya. Pengembaraannya kini telah sampai ke negara kita, yang juga tentunya membawa misi yang sama, iaitu untuk menegakkan keadilan di Malaysia, yang pada pandangannya sendiri mungkin Islam di sini telah disalah gunakan begitu rupa sehingga memerlukannya untuk datang  bagi membetulkan keadaan di sini.

Beliau menyebut dalam  laman sosialnya tentang pengenalan dirinya bahawa dia adalah "seorang Muslim yang beriman"  "saya sering bercakap menentang keganasan dan pencerobohan hak asasi manusia atas nama Tuhan" (I am a faithful Muslim" "I speak out against violance and human rights abuses in the name of God")

Kenyatan ini amat sedap dan selesa di dengar, kerana itulah yang kita kehendaki dari seorang Muslim, iaitu keimanan dan perjuangan menentang kezaliman atas nama agama dan atas nama Tuhan. Malah sebenarnya inilah sebahagian dari pengajaran Islam, iaitu menentang sebarang pencerobohan ke atas hak asasi manusia dan menentang sebarang keganasan.

Tetapi seperti yang telah saya sebutkan di atas, slogan dan retorik tidak menjustifikasikan apa-apa, sekiranya slogan itu di isi dengan tafsiran dan takrifan serta strategi perjuangan yang tidak sebenarnya berasaskan kepada prinsip dan dasar utama Islam itu sendiri,

Adakah memperjuangkan sesuatu yang dinamakan "hak asasi manusia" pada pandangan sekular, umpamanya menentang kebebasan seks,  merupakan satu perjuangan menegakkan keadilan atau memperjuangkan hak kebebasan yang termasuk dalam hak asasi manusia seperti yang sering diperjuangkan oleh golongan ini, yang mendakwa diri mereka sebagai "pejuang keadilan dan hak asasi manusia?" Sedangkan menentang kebebasan seks adalah merupakan satu usaha yang berasaskan ajaran Islam, walau pun hal ini dianggap oleh para pejuang hak asasi manusia sebagai satu kebebasan yang seharusnya diberikan kepada semua orang. Ertinya perjuangan untuk menegakkan kebebasan manusia untuk melakaukan perhubungan seks sejenis atau perhubungan seks tanpa kahwin adalah melanggar dasar dan prinsip Islam, maka orang Islam yang menentang kelakuan ini tidaklah seharusnya dianggap sebagai manusia yang mencerobohi hak asasi manusia secara mutlak. 


Oleh itu amatlah tidak releven sama sekali sekiranya terdapat orang Islam yang beriman kepada Allah dan memahami ajaran Islam yang sebenarnya akan mendakwa bahawa ia adalah seorang pejuang hak asasi manusia ketika ia memperjuangkan supaya diberikan kebebasan untuk amalan seks sumbang, tanpa kawin, seks sejenis dan sebagainya, berdasarkan hukum sekular, tanpa agama tentang isu ini.

Islam mempunyai prinsip dan panduan umum yang seharusnya dilihat dan dipelajari  secara menyeluruh untuk menegakkan keadilan dan hak asasi manusia, bukan hanya memadai dengan slogan dan simbol, tetapi pelaksanaannya amat menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenarnya. Maka dari sudut inilah nampaknya ramai umat Islam sendiri yang terpengaruh dengan slogan dan retorika yang sering ditonjolkan oleh orang Islam sendiri tentang perjuangan mereka masing2 yang kononnya untuk menegakkan keadilan Islam dan meletakkan Islam di tempatnya yang betul, sedangkan secara keseluruhannya mereka ini lebih cenderong kepada perjuangan simbolik dan syi'ar sahaja, tanpa melihat kepada prinsip dan ajaran  Islam secara menyeluruh.

Simbol dan retorika tidak memberi pengertian apa2,sekiranya kita mendasarkan simbol dan perjuangan ini di atas dasar sekular yang sebenarnya, iaitu yang tidak mengakui asas2 penting dalam akidah, ayariah dan akhlak Islamiah yang tulin dan sejati.

Masalah dalam negara2 Islam dan masyarakat Islam sedunia umumnya pada hari ini ialah masalah kecetakan ilmu pengetahuan Islam yang sebenarnya, dan masalah kefahaman Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang lengkap dan syumul, mereka sering mengambil Islam berdasarkan prinsip serpihan dan pentafsiran yang tidak berasaskan fundemental ajaran Islam.

Malah dunia Islam mengalami kerisis pemikiran umat Islam sendiri, dan masalah intelektual, kerana umat Islam tidak banyak yang menjalankan kajian dan penyelidikan tentang Islam yang sebenarnya, terutamanya dalam konteks dunia moden dan sejarah pemikiran Islam sendiri, serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabatnya ketika Islam menegakkan tamadun di atas muka bumi ini,\.

Dengan itu umat Islam pada masa kini lebih banyak meraba2 dalam perjuangannya, tidak ada fakta dan data dalam menyusun strategi keilmuannya, perjuangannya, hujah dan debatnya, malah lebih banyak mendengar sahaja, tanpa memahami, maka sesiapa yang pandai menegakkan hujahnya, walau pun tanpa berdasarkan syariah dan akhlak Islam yang sebenarnya, maka kata2 itulah yang didengar dan dipegangnya, lalu terjadilah masyarakat Islam yang lebih banyak mempelajari Islam di pentas2 propaganda, u-tiub, dan laman sosialnya tanpa dapat berfikir apakah sesuatu yang didengarnya itu sememangnya merupakan ajaran Islam tulen dan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, atau hanya merupakan pandngan peribadi yang mempunyai motif yang tertentu.

Oleh itu saya fikir kita di dalam masyarakat Malaysia yang agak peka dengan Islam, dan mempunyai saluran rasmi yang banyak dalam mempelajari Islam yang sebenarnya, haruslah mengelakkan kehadiran sesiapa saja yang akan lebih banyak mencipta kekeliruan dalam pemikiran kita tentang Islam, seperti yang disuarakan oleh Persatuan Peguam Muslim tentang Irshad Manji ini.

Thursday, May 17, 2012




Sempena menyambut Hari Guru:

"GURU MANUSIA" DAN "GURU MAYA"

Kita menyambut Hari Guru pada 16 Mei, tetapi tahukah kita bahawa dunia sekarang tidak hanya dipenuhi oleh guru dalam bentuk "manusia" malah terdapat sejenis "guru" bukan manusia, iaitu   GURU MAYA di setiap rumah dan hampir di setiap bilik rumah, pejabat dan bangunan lain, malah disetiap sudut dunia yang terbentang luas ini. tak lain dan tak bukan ialah guru dalam bentuk ICT, bukan dalam bentuk manusia biasa. Guru bukan hanya human teachers, malah virtual teachers. Bagaimana? Ikutilah teori yang saya paparkan di bawah, dan teori ini bolehlah dikembangkan lagi, malahan boleh dijadikan projek penyelidikan oleh sesiapa yang berminat untuk menjalankan kajian lanjut dalam hal ini..

Dunia kita mengukir sejarah yang amat ajaib. Dalam masa 60 tahun, iaitu 50 tahun dari abad yang lalu dan 10 tahun dari abad 21 ini, satu perubahan mendadak dalam sejarah dunia dan manusia telah berlaku, iaitu pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communication Tachnology -ICT) yang telah mencorak pemikiran manusia dan mengubah minda serta gaya hidup manusia seluruhnya.

Dalam masa enam puluh tahun terakhir inilah kita mulai mengenal komputer, telefon bimbit, dan akhirnya smart phone, i-pad, serta alat komunikasi lain, termasuk internet, facebook, Play Station, U Tiub dan ..seterusnya yang lain2. Generasi 60 tahun terakhir ini, termasuk kanak2 dan orang dewasa dari segala peringkat umur dididik dan dibesarkan dalam alat teknologi baru ini, malah kanak2 yang berumur 2 - 3 tahun kelihatan amat mahir bermain dengan alat teknologi yang canggih ini, sementara bapa dan neneknya yang berumur lanjut, amat bergantung kepada anak cucunya untuk mengajar mereka menggunakan alat teknologi ini, seolah2 para pencipta alat ini amat mengetahui akan perkembangan pemikiran dan sistem berfikir serta perkembangan minda generasi baru dan cara berfikir mereka, serta dapat menggunakan teknik yang tertentu untuk melaksanakan operasi alat teknologi maklumat ini.

ICT memberikan maklumat yang banyak, memberikan berbagai macam ilmu pengetahuan dengan sekali dua klik saja,  menghiburkan dengan berbagai macam permainan, menayangkan kepelbagaian gambar bergerak, filem, derama dan lakonan yang memberi pelajaran yang amat berguna, atau mencemarkan minda dan pemikiran mereka, mepraktikkan segala macam penyelewengan moral dan adab sopan,  bergantung kepada pendekatan dan cara mereka mencari maklumat dan menerimanya dari ICT.

Sejarah pembangunan manusia membuktikan bahawa teknologi juga yang membawa kemajuan kepada sektor pertanian dan perindustrian dunia ini. Namun teknologi pertanian telah mengambil masa ribuan tahun untuk sampai ke tahap kemajuan sekarang, malah masih membangun untuk lebeh maju. Teknologi sektor perindustrian telah mengambil masa ratusan tahun untuk sampai ke kemuncak kemajuan sekarang ini.

Namun pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi ICT hanya mengambil masa lebeh kurang 60 tahun untuk sampai ke kemuncak kemajuannya yang amat mengajaibkan sekarang ini, yang menjadi guru dan mentor, pensyarah dan profesor, pembimbing atau pemusnah kepada kita semua.

ICT daalam bentuk guru maya ini lahir dalam berbagai2 alat teknologi seperti yang telah saya sebutkan di atas,  mendidik pemikiran dan minda juga dalam beberapa aspeknya.  Lahir dalam bentuk maya, internet dan portal, akhbar dan majalah letronik, gergasi atau hantu maya, syaikh atau ulamak maya, malah politik dan sukan maya, TV, Radio, chat, perhubungan, semuanya melalui alat letronik yang amat mudah di buka, di baca dan di dengar, di bawa ke mana2, dalam bas, kereta, toilet, restoran, malah dalam bilik tidur secara senyap2.

SMS sering digunakan dalam satu rumah untuk berhubung diantara ahli keluarga, diantara bilik dengan bilik, diantara bilik air dan dapur, mak ayah dan adik beradik tanpa perlu bersemuka. E-mail dan FB berperanan besar dalam urusan surat menyurat dan sembang2 kosong atau berisi. Portal internet, akhbar atau majalah, tersibar di seluruh dunia dalam masa beberapa saat, tanpa diketahui siapakan sumber surat atau kenyataan, komen, maki hamun, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah dan sebagainya, kerana nama sendiri boleh direka, disembunyikan, malah lahir dalam bentuk nama yang tidak dapat dibezakan lagi sama ada lelaki atau perempuan, budak kecil atau orang tua bangka, semuanya sama saja.

Inilah gurunya yang mendidik anak2 dan orang dewasa serta warga emas kita pada hari ini. Maka isu akhlak, moral, adab sopan, agama, tidak sangat menjadi isu utama, kerana semua orang mempunyai ruang angkasa dan maya yang sama, semua orang lahir dalam personaliti yang tidak diketahui siapakah orangnya (kalau dia mahu) dan pada masa ini semua orang mempunyai hak yang sama dalam dunia global yang amat mementingkan "human rights" "freedom for all" ...

Kalau kita memberi masa sedikit untuk menatap portal berita dan akhbar, terutamanya portal politik kini, kita dapat melihat berbagai2 komen yang keseluruhannya amat negatif, penuh dengan celaan dan hentaman kepada orang lain, maki hamun, umpatan yang tidak terbatas, maka di paparkan penulisnya dalam nama2 samaran dan nama pena yang berbagai2, kadang2 mungkin seorang penulis boleh menulis ratusan komen dengan nama yang berbeza2 seolah ratusan orang yang mempunyai pandangan yang sama, sedangkan yang menulis hanya seorang saja. Bukankah ini membawa kepada persepsi yang amat mengelirukan dalam masyarakat kita kan?

Maka GURU Maya dalam bentuk ICT inilah yang sepatutnya kita berikan perhatian sekarang, supaya ianya mempunyai keseimbangan dengan guru biasa yang bernama manusia di sekolah, kolej, Universiti dan pusat2 pengajian kita, terutamanya dari segi membangunkan insan yang berakhlak, berbudi pekerti, bertamadun dan berpegang teguh kepada agama dan budaya serta nilai2 murni kita.

Sambutlah Hari Guru untuk semua guru kita yang penuh dengan bakti dan jasa, dan dalam masa yang sama, sambutlah hari guru dengan penuh kesedaran dan keinsafan tentang satu lagi jenis guru yang bermaharajalela di dalam masyarakat kita sekarang ini, iaitu guru ICT, yang amat  sukar untuk dibentuk dan dididik, kerana ianya bukan manusia yang mempunyai jasad dan ruh, jasmani dan rohani, iman dan amal, tetapi makhluk misteri yang tidak diketahui asal usulnya untuk dibentuk dan diasuh, akhirnya maka generasi baru kita juga akan lahir dalam bentuk manusia yang mistri, minda kacau, jiwa serabut, tak punya tujuan dan matlamat dalam hidup, tidak ada akal budi dan celik akal,  kerana bergurukan ICT secara keseluruhannya tanpa panduan dan bimbingan...tanpa sempadan dan had...

Oleh itu dalam menyambut hari guru ini, kita semua haruslah sedar bahawa ada sejenis guru yang mendidik anak2 kita yang harus kita berikan perhatian serius untuk mengawal dan membentuknya, iaitu Guru Maya dalam bentuk ICT itu, dan guru2 manusia juga haruslah sedar bahawa mereka mempunyai persaingan hebat yang sentiasa akan mengurbankan ajaran baik mereka iaitu persaingan dari guru maya ini.

Mnusia dan guru (dalam bentuk manusia) haruslah mempelajari kesan positif dan negatif guru maya ini, kemudian berusaha memberikan sokongan kepada eleman positif guru maya, dan berusaha mengurangkan kesan negatif yang begitu banyak dalam pengajaran dan pendidikan guru maya itu.

Selamat menyambut Hari Guru, ...eh eh, Guru Manusia dan Guru Maya...!

Tuesday, May 15, 2012

APA BEZANYA "MAIN BOLA" DAN "MAIN POLITIK" ?? 

Seperti simbol TV Al-Hijrah yang  berkata "Segala-galanya Bermula Di Sini" maka kita akan berkata "Segala-galanya bermula di sini, dalam pasukan bola sepak" iaitu  apabila Man. City muncul juara dalam satu perjuangan "mustahil" dalam masa 5 minit untuk muncul juara ketika Man. United telah pun selesai bermain dan sedang merayakan "juara" liga Inggeris dengan gemuruhnya, dan dalam saat2 "kepanikan" inilah Man. City melakar kemenangan ke atas lawannya pada malam itu, dan terus menjadi juara !

Memanglah banyak perkara yang seharusnya kita pelajari dari permainan bola sepak yang penuh dramatik yang ditunjukkan oleh para pemain bola sepak Man. City, yang penuh azam, tektik, cekap, tidak mengenal putus asa, "team work" dan kepercayaan kepada diri yang tidak pernah luntur, maka dalam masa 5 minit, masa tambahan, yang penuh dengan debaran, ketika ramai penyokongnya telah pun berputus asa dan mencurahkan air mata hiba, tiba2 hasil dari kekuatan "iman" mereka kepada kemenangan, maka dua gol menjelang tiba dalam perjuangan "mustahil" penuh drama itu dalam masa hanya beberapa minit dan detik sahaja, yang sekali gus menghapuskan kembali air mata para penyokongnya yang telah banyak tercurah, menjernihkan semula raut wajah yang kusut masai dan berkerutan para penyokong yang sebelum ini telah amat "yakin" bahawa mereka telah kalah kepada musuh utama mereka itu! 

Inilah namanya permainan, permainan yang bernama "bola sepak" penuh ajaib dan pelajaran, satu permainan sukan ciptaan manusia sendiri, yang telah membuat peraturan, dan peraturan itu masih di perbaiki lagi sehingga sekarang, bahawa dua puluh dua orang di atas padang dalam satu masa, mestilah bermain bola sebiji sahaja, dan berusaha untuk mencipta kemenangan dengan  memasukkan bola ke dalam gol lawan seberapa banyak mungkin.
Inilah namanya persaingan dan perjuangan untuk merebutkan satu matlamat dan kerana objektif inilah maka tidak diadakan peraturan "bebas untuk semua" "Free for all" iaitu setiap pemain mempunyai sebiji bola sehingga tidak perlu lagi berebut bola yang sebiji itu sahaja, malah cubalah bagi sebiji bole kepada semua pemain 22 orang itu, kemudian masing2 bolehlah pergi memasukkan bola ke dalam gol lawan, dan setelah tamat masa permainan maka hitunglah berapa gol semuanya yang dimasukkan ke dalam gol untuk menentukan "kemenangan".... !!!


Permainan bola inilah  yang agaknya kurang berlaku, atau tidak berlaku, dalam permainan lain yang bernama "permainan politik" kita akhir2 ini, kerana dalam "sukan politik"  masing2 mengamalkan dasar "free for all", cah keting, tendang muka lawan, pijak belakang kawan dan lawan, hempap2 dan ketuk2 kepala orang, "tackle dari belakang", tendang bola masuk gol sendiri (!)  dan sebagainya.


Dalam bola sepak, ada seorang pengadil utama dan 2 orang penolong pengadil. Pengadil utama lengkap dengan wisil dan kad berwarna kuning dan merah. Pengadil akan meniup wisil untuk menentukan bahawa semua peraturan di jaga dan dihormati oleh semua pemain 22 orang, tidak kira BN (!) atau PR (!) (mungkin juga Zulkifli Nordin atau Hassan Ali, Ibrahim Ali dan lain2 ...), dan kalau kad kuning atau merah dikeluarkan, maka pemain mestilah taat, kerana pengadil mempunyai otoriti yang mutlak.


Hal ini kadang2 berlaku juga dalam Parlimen atau DUN, ketika pengadil utama yang bernama "Speaker" mengeluarkan kad kuning atau kad merah kepada "pemain2" yang bermain kasar dalam Parlimen atau DUN, namun sama juga dengan sesetengah pemain bola yang tidak "sporting", sebelum keluar "padang" kerana kena kad merah, atau diberi amaran dengan kad kuning, maka "pemain" itu akan merungut, marah2, atau tunjuk muka masam, malah kadang2 mengajak semua rakan pasukannya "memboikot" "permainan" itu, semua keluar sahaja dari "stadium", keluar dewan Parlimen atau DUN....! Kadang2 buat perangai macam budak2 mentah, buat perangai tak matang, pada hal nama YB2 itu amat besar dan gah, sama gahnya dengan para pemain Kelab Besar , "MC" atau "MU", Rooney atau Edin Zeko, Sergio Aguero,.......Apalah ?


Ketika ditunjukkan peraturan dan undang2, pemain bola sepak biasanya di denda atau dihukum gantung, bukan gantung sampai mati, tetapi ganatung dari bermain, sekali, dua kali atau seterusnya, dan mahkamah menentukan peraturan ini, akhirnya mahkamah mempunyai kata putus mengikut undang2, tetapi dalam "permainan bola sepak yang bernama permainan politik"  ada juga "pemain" yang membuat bantahan kepada perintah mahkamah, malah kadang2 sekiranya hukuman "pengadil" mahkamah tidak selari dengan hukuman yang dia mahu, maka pemain ini akan menuduh hakim tidak adil, berat sebelah , zalim, konspirasi..dan ...dan....


Dalam permainan bola sepak 28 April yang lalu yang dinamakan Bersih 3.0 (!), pengadilnya ramai, tetapi pemainnya lebih ramai berjersi kuning (!) "Pengadil"nya memakai baju gelap tanda memelihara keamanan, bukan hanya lengkap dengan wisil, tetapi pakai "tongkat sakti" "pam air", dan dalam permainan ini pemain yang ramai itu langsung tidak mahu mengikut peraturan, malah main kasar, sepak betis orang, tendang bola ke mana saja yang mereka mahu, pengadil juga meniup wisil, mencurahkan air untuk menyejukkan "pemain" menembak asap untuk memulehkan "pernafasan" mereka supaya lebeh kuat berlari dan merempuh "tiang gol"...! dan macam2 lagi yang berlaku ditengah stadium, mengundang  juru kamera dan pelapor berbagai warna kulit datang menonton dan merakam detik2 cemas ketika "bola" hampir dimasukkan kedalam gol, atau ketika para pemain dimandikan dengan air atau disegarkan dengan asap, kedua2 pihak bertegang, hambat menghambat, tumbuk, pukul dan karate, terbalikkan kereta, naik menari2 di atas bumbung kereta, tunjuk "hero", tak kisahkan "pengadil" atau "penolong pengadil" lagi, tak kisahkan kad kuning atau kad merah, rempoh !! rempoh, !!!"patahkan tiang gol, atau kita masuk sama2 dengan bola ke dalam gol....?!!


Pengadil pun segera meniup wisil berulang2 kali, tidak dipedulikan, keluarkan kad kuning ratusan kali, tidak juga dihiraukan, akhirnya keluarkan kad merah ribuan kali, kerana pemainnya berjumlah ribuan, namun pemain tak peduli, lawan pengadil pula, "Hai melampau ni!" rungut pengadil, lalu bagi air dan asap  biar pemain "hilang dahaga" dan biar pemain "dapat nafas baru"...tak jadi juga!!! Apa ni???


Dan setelah selesai  permainan politik ini akhirnya "pengadil" yang disalahkan, kenapa "pengadil "marah", kalau pemain menendang mereka pun tak usahlah marah? Mereka sepatutnya jadi malaikat, "tidak marah, tidak bertindak" "berlakonlah seperti Ahmad Nisfu dalam filem P. Ramlee "Madu Tiga (?) "Ayah marah?" "Oh tidak. tidak, ayah seronok..ayah tak marahhh.! Apa pasal "polis" mesti mempertahankan diri..?"malah sepaturnya polis hendaklah menggosok2kan belakang pemain yang memakai jersi kuning itu, dan kalau pemain itu  barmain kasar pun....!!!manjakanlah mereka walau pun kena tendang dan tumbuk "jangan marah..." Bukankah "kami ada hak" bukankah ini dasar "human rights"?? Apa ?Undang2??, pedulikan undang2, kami berhak, Tanggungjawab? Tanggungjawab apa? Hak kami sudahlah..kami ada hak,  protes "pemain" politik itu....


"Stadium" ditinggalkan, sampah sarap ditinggalkan, mesej ditinggalkan, undang2 ditinggalkan, hiruk pikuk suara manusia ditinggalkan, dan yang tinggal hanyalah "dirty game" calaran imej, musuh, rasis, hasad dengki, stres, ketegangan, cemburu, tidak percaya mempercayai, ragu2, takut, bimbang, hilang moral, cedera dan merana....


Untuk memahami "permainan dunia" "permainan politik kotor"  ini maka eloklah sekali lagi, dan mungkin juga berulang2 kali lagi, marilah kita menonton permainan bola MC dan MU yang asli dan 'ori" bukan menonton permainan "politik" cemar yang tidak ori dan tidak bersih itu....

Inilah bezanya main bola dan main politik pada sesetengah orang di negara kita.....

Bacalah juga celoteh saya sebelum ini tentang main bola dan politik ini........dalam blog ini..............

Friday, May 11, 2012

DEMONSTRASI DI MAKKAH DAN MADINAH


Saya menulis tentang perkara ini dalam dua pengisian blog saya yang lalu bukanlah sebenarnya bertujuan untuk membuat apa2 kesimpulan, malah saya hanya mengandaikan beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Saudi Arabia akibat dari demonstrasi di kedua2 tanah suci itu oleh segelintir warga kita yang membawa isu politik dalaman negara kita ke sana.

Sepanjang ingatan dan pengalaman saya, demonstrasi dari rakyat negara kita ini merupakan demonstrasi yang kedua selepas demonstrasi yang dilakukan oleh warga Iran lama dulu. Yang berbeza demonstrasi warga Iran adalah besar dan dilakukan sebagai membantah beberapa kemelut politik antarabangsa, termasuk Saudi sendiri. Dan demonstrasi anjuran warga kita itu adalah kecil dan terhad.

Namun begitu sebagai Kerajaan yang memelihara kesucian dua tanah suci, Makkah dan Madinah itu, Kerajaan Saudi tentulah melihat kepada kesan dan pengaruhnya kepada dunia luar dari  kedua2 tunjuk perasaan tersebut, terutamanya sikap dan pendirian yang harus mereka tunjukkan kepada dunia bahawa Kerajaan Saudi tidak akan bertolak ansur kepada sebarang tunjuk perasaan yang di adakan di negara tersebut, terutamanya di tanah suci.

Kerajaan Saudi tentulah ingin menyampaikan isyarat kepada dunia dan negara luar bahawa mereka tidak akan membenarkan sebarang tindakan yang sama dilakukan di tempat suci itu, dan mereka tentulah ingin memberitahu negara2 Islam umumnya bahawa Makkah dan Madinah adalah tempat beribadat semata2 dan jauh sekali dari tempat berpolitik dalam apa bentuknya sekali pun.

Kalau mereka tidak mengambil tindakan, maka hal ini akan membuka peluang kepada negara2 lain untuk melakukan perkara yang sama di tanah suci, berkumpul, membawa sepanduk yang bertulis slogan dan ungkapan2 politik, bersorak dan berpekik, bergambar dengan segala telatah orang berdemonstrasi, dan akhirnya mungkin akan bertelagah dengan pasukan keselamatan.

Bagaimana pun kita amatlah berharap bahawa Kerajaan Saudi akan dapat membezakan diantara demonstrasi yang dilakukan oleh warga Iran dan warga Malaysia itu. Dengan itu tindakan yang mungkin diambil harap tidaklah sama, dan tidak akan menjejaskan kepentingan umat Islam negara kita terutamanya tentang kuota haji, dan tidak melibatkan larangan kepada umat Islam kita untuk bebas melakukan umrah dan haji seperti biasa.

Oleh itu saya rasa buat sementara ini, sebelum sebarang tindakan diambil oleh Saudi, maka eloklah kita berdiam diri tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian2 yang negatif, atau sebarang telahan yang menakutkan kita, kerana kita tidak seharusnya menurunkan bala' sebelum bala' itu benar2 terjadi.

Marilah kita mengambil pelajaran dari peristiwa itu, dan berdoa kepada Allah SWT supaya dijauhakan bala' dari kita dan diselamatkan kita dari perkara2 yang tidak kita ingini, terutamanya dalam niat dan usaha kita umat Islam seluruhnya di negara kita ini untuk beribadat dengan penuh kyusu' dan tawadu' kepada Allah SWT tanpa mengira sebarang ideologi dan fahaman politik kepartian masing2.

Hanya Allah SWT yang Maha Besar dan Berkuasa, dan agama Islam itulah pegangan kita dari segi akidah, syari'ah dan akhlaknya. Semoga Allah SWT sentiasa memakabulkan doa kita, hamba2-Nya yang lemah ini.
Amin-amin ya rabbal 'alamin

Tuesday, May 8, 2012

EKORAN DEMONSTRASI DI TANAH SUCI

Malam ini saya mendengar berita dari TV Malaysia yang agak mengganggu perasaan dan fikiran. Berita menyebut bahawa Kerajaan Saudi sedang menimbang akan mengenakan tindakan ke atas jemaah Malaysia akibat dari tindakan segelintir rakyat kita yang mengadakan perhimpunan di Makkah dan Madinah serentak dengan demonstrasi di negara kita Bersih 3.0 yang lalu.

Kita tidak mengetahui apakah tindakan yang akan dikenakan, dan hal ini terpulanglah kepada negara tuan rumah yang memiliki dua Tanah Suci itu, sama ada akan mengenakan larangan dari menunaikan haji atau umrah bagi rakyat kita seluruhnya, atau mengurangkan kuota haji yang diberikan kepada kita selama ini, atau tindakan lain, wallahu a'lam.

Namun begitu, apa2 tindakan yang diambil sekali pun, kita merasa amat sedih dan kesal, kerana masjid suci yang tinggal kepada kita orang Islam di dunia ini hanyalah dua buah itulah sahaja, Masjidul Haram di Makkah dan Masji Nabawi di Madinah. Satu lagi masjid suci kini berada di tangan Yahudi maha zalim, iaitu Al-Masjidul-Aqsa di Baitul Maqdis. Maka sekiranya kita duharamkan daripada mengunjungi Makkah dan Madinah, ertinya kita akan kehilangan arah dan matlamat untuk menziarahi ke dua tanah suci itu.

Kalau ditakdirkan, Kerajaan Saudi menegah jemaah kita seluruhnya daripada menunaikan umrah sebulan atau dua sahaja pun, maka akan kerinduanlah banyak umat Islam di negara kita untuk pergi mengadap Ka'abah dan menziarahi Makam Rasulullah SAW itu, apa lagi sekiranya larangan itu berlaku di dalam bulan Puasa yang akan datang ini, maka akan terputuslah niat begitu banyak jemaah kita yang saban tahun pergi berpuasa sebulan di tanah suci itu.

Barang dijauhkan Allah hendaknya dari pada berlakunya tindakan tegas ini, dan barang dilembutkan Allah SWT hati pihak pimpinan negara Saudi agar tidaklah mereka mengambil tindakan tersebut, sungguh pun Saudi biasanya amat sensitif dengan perbuatan cemar yang dilakukan oleh para jemaah di sana, yang ternyata amat menyimpang dari niat asal para jemaah untuk melakukan ibadat dengan kyusuk tawadu' kepada Allah SWT, iaitu sebagai tujuan suci umat Islam pergi ke sana.

Saya amatlah berharap bahawa Kerajaan Saudi mungkin dapat juga menimbangkan bilangan orang yang melakukan perbuatan yang tidak diingininya itu semasa demonstrasi di Makkah dan Madinah. Mungkin bilangan mereka hanya puluhan orang, iaitu satu jumlah yang kecil sahaja, dan peratusan yang amat tercorot jika dibandingkan dengan bilangan umat Islam di Malaysia yang berjumlah jutaan orang. Tambahan pula perbuatan mereka itu bukannya mendapat restu jemaah Malaysia yang lain, yang berada di tanah suci pada hari itu, malah mungkin sebahagian besarnya tidak langsung bersimpati dengan tindakan mereka itu.

Oleh itu saya berdoa semoga Kerajaan Saudi akan menimbangkan fakta dan angka ini, dan mungkin hanya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan tindakan yang amat dilarang itu, sekiranya pihak Kerajaan Saudi mempunyai sebarang kaedah dan jalannya untuk mengenal pasti mereka yang terlibat itu. Jutaan umat Islam di Malaysia akan bertanya adakah kerana tindakan sekumpulan kecil itu maka umat Islam seluruhnya di Malaysia akan terpaksa menanggung "dosa" dari perbuatan mereka itu?.

Bagaimana pun sekiranya semua kita umat Islam di Malaysia terpaksa juga menaggung "dosa" yang mereka lakukan itu, maka hal ini samalah seperti kata pepatah kita "kerana seekor kerbau membawa lumpur maka semuanya turut terpalit" "sebab nila setitik, rosak susu se belanga" dan kita haruslah menerimanya kerana Allah SWT pun telah menyatakan hal ini di dalam Surah Al-Anfal ayat 25 yang bermaksud "

"Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang2 zalim diantara kamu secara khusus, (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah amat berat azab seksa-Nya"

Jika sudah ditakdirkan berlakunya tindakan dan balasan yang demikian, maka kita haruslah mengambil pelajaran yang amat berguna dari peristiwa ini, malah dari ayat yang tersebut di atas itu Allah SWT mengingatkan kita bahawa perbuatan jahat itu bukan hanya akan membawa bencana kepada orang2 yang melakukannya sahaja, malah akan menimpa ke atas masyarakat umumnya, termasuk kepada orang2 yang baik dan tidak berdosa, dan hal ini banyak berlaku kepada kaum2 Nabi2 yang dulu seperti yang dapat kita baca sejarahnya di dalam Al-Quran juga..

Setiap orang Islam, bukan sahaja diwajibkan menjauhkan dirinya dari perbuatan yang dilarang Allah, malah berkewajipan mencegah perbuatan itu daripada merebak di dalam masyarakatnya. Itulah mesej penting ayat ini, dan itulah juga mesejnya sekiranya kita umat Islam seluruhnya di negara ini terpaksa menanggung akibat dari perbuatan segelintir saudara2 seagama kita yang mencemarkan kesucian Makkah dan Madinah itu.........

NASTAGHFIRULLAHA  WA  NATUBU ILAIHI







Monday, May 7, 2012

HUBUNGAN MALAYSIA DAN SAUDI: HARAP TIDAK TERJEJAS


Saya berada di Saudi Arabia dari tahun 2005 hingga 2008 sebagai menjalankan tugas di sana menjadi Duta Malaysia. Perhubungan dan persefahaman di antara Malaysia dan Saudi adalah amat rapat sekali. Setiap kali bertemu Raja Abdullah, baginda menyebut dua perkara, pertama ialah tentang jemaah haji Malaysia yang beradab, berdisiplin dan berilmu. Baginda menjelaskan maksudnya, iaitu jemaah haji Malaysia, termasuk jemaah yang mengerjakan umrah, sentiasa menjaga adab sopan, menghormati peraturan syariah dan undang2, menunjukkan mentaliti yang bertamadun dan berilmu dalam menjalankan segala syi'ar agama dalam ibadat haji atau umrah.

 Kalau terdapat sesetengah jemaah negara lain sering menunjukkan kelakuan yang tidak sopan, tidak menghormati undang2 negara Saudi, tetapi jemaah Malaysia sentiasa menjaga adab tertib, tingkah laku dan tidak menyakitkan hati orang lain, apa lagi menyentuh kesucian tanah suci dengan tindakan mereka yang bercanggah dengan tata susila dan sensiviti tanah suci, Makkah dan Madinah.

Kedua, Baginda sering melahirkan rasa kagum dengan perkembangan dan amalan umat Islam di Malaysia, yang menggabungkan diantara amalan agama dan dunia, meninggikan syi'ar agama dengan amal ibadat dan dalam masa yang sama berusaha meningkatkan kemajuan teknologi dan industri yang tinggi, sehingga Malaysia muncul di mata dunia sebagai negara Islam yang baik dari sudut pembangunan agama dan tamadun sejajar dengan perkembangan dunia global dan moden hari ini, termasuk dalam bidang teknologi, industri, toleransi kaum dan agama, dan sebagainya.

Menyedari hakikat inilah, Raja Abdullah telah mengarahkan para pegawai Kementerian Pelajaran negaranya supaya berusaha menghantar  para pelajarnya untuk menyambung pelajaran ke Malaysia, iaitu dalam bidang pengurusan agama dan dunia, terutamanya untuk menjadi pelapis pimpinan negara yang akan datang. Mengikut para pegawai yang menemui saya di Kedutaan Malaysia Riyadh, Raja Abdullah menyedari bahawa selama ini Saudi telah menghantar para pelajarnya ke Barat, terutamanya ke Amerika Syarikat.

Oleh itu Baginda telah menyediakan seribu biasiswa pada permulaannya untuk para pelajar Saudi datang menyambung pelajaran di Malaysia, dalam berbagai2 bidang, terutamanya bidang profesional dan teknologi serta industri, dengan mengharapkan juga bahawa para pelajar tersebut akan dapat menghayati dan memahami pembangunan yang seharusnya dilakukan dalam bidang kerohanian, fizikal, dunia dan akhirat yang cuba dilakukan di negara kita. Hasil dari keperihatinan Baginda inilah maka sekarang kita menyaksikan ribuan pelajar Saudi yang sedang menyambung pelajaran mereka di negara kita, alhamdulillah.

Sebelum musim haji setiap tahun semua perwakilan negara Islam akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa Saudi Arabia yang diketuai oleh Menteri Haji dan Wakaf. Pertemuan rombongan Malaysia dengan pihak berkenaan sering mengambil masa yang singkat sahaja, kadang2 tidak melebihi setengah jam, kerana kita tidak mempunyai banyak masalah tentang jemaah kita dari segi tata tertib, tempat tinggal, makanan, pengangkutan, perubatan, ilmu penmgetahuan mengerjakan haji dan umrah, dan sebagainya, yang semuanya telah disediakan dengan rapi oleh Kerajaan kita melalui Lembaga Tabung Haji, iaitu satu Lembaga yang tidak wujud di negara2 Islam yang lain. Para Jemaah haji dan umrah Malaysia mempunyai persiapan yang cukup untuk menunaikan Haji atau Umrah, berilmu dan mengetahui selok beloknya, di samping tidak menganggu pihak berwajib Saudi sendiri dalam masalah termpat tinggal, adab sopan, disiplin dan sebagainya..

Berdasarkan hal ini, saya memerhatikan bahawa Saudi dan Malaysia mempunyai hubungan dan ikatan kerjasama yang amat rapat sekali sejak lama lagi, dan ikatan itu menjadi bertambah erat dengan tertabalnya Raja Abdullah menjadi Raja Saudi Arabia sejak tahun 2004, dan keberangkatan Yang Di Pertuan Agong menunaikan haji dalam tahun 2007, serta lawatan2 para pemimpin negara kita ke sana dari masa ke semasa.

Oleh itu saya merasa agak terganggu dengan perkembangan terbaru yang berlaku di tanah suci baru2 ini iaitu peristiwa yang belum pernah berlaku dalam hubungan Malaysia dan Saudi, ketika para warga Malaysia telah menganjurkan satu tunjuk perasaan di tanah suci serentak dengan peristiwa tunjuk perasaan yang berlaku di tanah air kita yang dikatakan perhimpunan Bersih 3.0.

Saya amat mengharapkan agar Kerajaan kita akan segera mengambil tindakan proaktif untuk menjelaskan hal ini kepada Kerajaan Saudi Arabia, khususnya kepada Baginda Raja Saudi sendiri, supaya hal yang berlaku ini tidak disalah tafsir dan akan menjadi satu persepsi yang negatif kepada Kerajaan Saudi Arabia, malah mungkin menimbulkan salah tanggapan pihak berkuasa Saudi kepada jemaah dan rakyat Malaysia yang selama ini amat positif dan berdisiplin ketika berada di tanah suci semasa mengerjakan haji atau umrah.

Perhubungan keagamaan dan perniagaan, pendidikan dan pekerja mahir diantara kita dengan Saudi adalah amat baik dan meningkat maju dari tahun ke tahun, sehingga banyak para pekerja mahir kita dalam semua bidang diterima baik oleh Saudi sebagai pekerja yang juga diormati kerana kepakaran dan kebolehan mereka, malah sebagai pekerja yang profesional dan bertata tertib dalam menjalankan tugas di sana.

Umat Islam Malaysia telah menunjukkan penghormatan yang tinggi kepada dua tanah suci yang menjadi lambang keagongan agama dan Rasulullah SAW seerta para Nabi dan Rasul utusan Allah. Umat Islam Malaysia dari segala peringkat mempunyai niat untuk mengerjakan haji dan umrah di tanah suci, dan amat merinduinya, kalau boleh setiap tahun mahu mengunjunginya. Oleh itu maka jemaah Malaysia yang menunggu untuk mengerjakan haji telah meningkat bilangannya dengan banyak, sehingga ramai diantaranya yang terpaksa menunggu berbelas tahun untuk mendapat giliran bagi menunaikan haji. Malah bilangan jemaah Umrah kian bertambah dari tahun ke tahun. Semuanya menyedari bahawa tanah suci, Makkah dan Madinah, amatlah dirindui, dan perlu di ziarahi untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dan menyaksikan sejarah perjuangan Rasulullah SAW serta susah payahnya Baginda menyebarkan agama yang benar itu ke seluruh pelosok dunia, bermula dari tanah tempat darah baginda di Makkah al-Mukarramah.

Maka hasrat dan niat ribuan umat Islam  ini, janganlah dihampakan oleh perbuatan segelintir manusia warga negara kita, yang mungkin telah terlupa diri, atau terpengaruh dengan ajakan nafsu melulu, sehingga masalah yang tidak seharusnya di bawa ke tanah suci itu, tiba2 di letupkan di sana dalam keadaan yang amat jijik sekali, menyimpang dari inspirasi wahyu Allah SWT dan menyentuh kedudukan tanah suci yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia ini.

Marilah kita semua berdoa agar Kerajaan kita akan segera membawa air penawar untuk membersihkan kekotoran yang mungkin telah dijelmakan oleh perbuatan segelintir rakyat kita yang lalai itu, semoga Allah SWT juga akan memberi taufik dan hidayah-Nya kepada mereka dan kita semua, menyedari yang mana kaca dan yang mana permata, yang mana benar dan yang mana salah, yang manakah yang haq dan yang manakah yang batil.

Amin, Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Saturday, May 5, 2012

MANUSIA BUKAN MAKHLUK "PERFECT"
Dalam semua situasi dan keadaan, manusia hendaklah mengakui hakikatnya bahawa manusia sebagai makhluk, bukanlah merupakan makhluk yang sempurna semuanya, yang "perfect" tidak ada cacat celanya. Yang sempurna hanyalah Tuhan, dan bagi kita orang Islam, yang perfect hanyalah Allah SWT.

Manusia selagi bernama manusia, maka dia bukanlah makhluk yang bernama "malaikat" yang tidak punya nafsu, dan bukan pula haiwan yang tidak punya akal, tetapi manusia adalah gabungan dari unsur malaikat dan haiwan, ada jahat dan baiknya, ada akal dan nafsunya.

Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang, manusia melakukan kebaikan dan kejahatan, manusia sering berfikir sebagai insan yang rasional dan ada kalanya tidak dapat berfikir dengan baik lalu mengikut hawa nafsunya sahaja.

Jadi dalam tindakan menunjuk perasaan, membantah sesuatu yang dikatakan tidak adil dan saksama, ada golongan yang hanya mengikut kehendak hati yang marah dan diselubungi nafsu haiwaniah saja, sedangkan yang bersifat rasional dan baik pun sering juga terpengaruh dengan persekitaran yang tidak sempurna dan penuh dengan unsur jahat.

Inilah yang berlaku dalam demonstrasi yang dinamakan Bersih3.0 itu, iaitu penganjur merasakan bahawa mereka berhak menuntut keadilan yang mereka rasakan sebagai tranggung jawab mereka untuk menuntutnya, tetapi cara mereka mengemukakan kes mereka dan bertindak itulah yang merupakan satu tindakan yang melulu dan dipengaruhi nafsu kehaiwanan, bukan tindakan bertamaddun.

Tidak hairanlah sekiranya Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Naib Presiden DAP, dalam konteks ini mengatakan bahawa para penunjuk perasaan yang menyertai demonstrasi itu bukanlah "Malaikat" yang seharusnya dipertahankan berhabis-habisan, sehingga segala kecacatan dan kekecohan yang berlaku dalam demonstrasi itu akhirnya dipersalahkan kepada orang lain semata-mata.

Saya ingin melihat ramai lagi para pengendali dan ketua parti politik yang pandai memilih diantara batu dan kaca, yang dapat membezakan diantara tindakan yang rasional dan berperinsip, dengan tindakan melulu dan membabi buta semata2 kerana taksub dan fanatik kepada partinya sahaja. Tunku Abdul Aziz tentu mempunyai prinsip yang tertentu ketika menyertai DAP, tetapi dalam hal ini dia mempunyai pendirian yang berbeza dari ketua2 DAP lain yang tidak tahu membezakan diantara tindakan yang berperinsip dengan tindakan yang berdasarkan taksub partisan melulu. Dia menyertai DAP bukan untuk mengiyakan apa saja tindakan dan pendirian DAP, tetapi dia mempunyai pendirian peribadi sebagai seorang manusia yang boleh berfikir dan bertindak mengikut kawajarannya. Tidak semuanya yang dilakukan oleh DAP itu betul dan benar pada pandangannya.

Kalau semua orang politik, khususnya para ketuanya bersikap dan berpendirian seperti Tunku Abdul Aziz, saya rasa kita akan mempunyai rakyat dan pengikut parti yang dapat berfikir dengan baik dan lojik, dan dapat membina bangsa kita dengan penuh setabil dan sejahtera. Mungkin kita masih ingat kenyataan seorang ketua parti politik yang mengatakan bahawa "buku jengga" itu bukanlah Quran, ketika para rakan seperjuangannya menganggap bahawa buku jingga itu sepertu Quran.

Sebab itulah saya merasa bahawa amat benar kenyataan Tunku itu bahawa manusia yang mengambil bahagian dalam Bersih 3.0 itu bukanlah malaikat, sama jugalah dengan manusia2 yang menganjurkan tindakan itu dan yang menyokongnya secara melulu, mestilah mempunyai unsur kehaiwanan yang patuh kepada arahan nafsu "ammarah"nya.

Maka untuk mengelakkan sebarang kekecohan dan kemalangan yang diakibatkan oleh tindakan liar inilah kita mempunyai undang2 dan batas2 yang tertentu ketika orang merasakan bahawa mereka berhak menuntut itu dan ini, sedangkan mereka juga seharusnya sedar bahawa disamping "hak" itu mereka juga sebenarnya mempunyai "tanggung jawab" yang seharusnya mereka laksanakan. Tetapi yang berlaku sekarang ini bahawa mereka merasakan bahawa mereka berhak, dan hak itulah saja yang ditutntut bermatian-matian, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak sedikit pun menyedari tanggung jawab mereka.

Memanglah manusia itu bukannya makhluk yang "perfect" ! Tetapi sungguh pun begitu manusia haruslah berusaha mencari segala helahnya untuk menjadi manusia yang lebeh berat unsur malaikat di dalam dirinya daripada membiarkan dirinya dikuasai hawa nafsu kebinatangan.

Sunday, April 29, 2012

MALAYSIA MEMASUKI LIPUTAN ANTARABANGSA

Selalunya Malaysia tidak pernah di "tonjolkan" dalam berita antarabangsa dalam media asing seperti BBC, CNN dan AL-JAZIRAH. Malah sehinggakan berita cuaca pun KL jarang sangat mendapat liputan, apa lagi berita pasaran dan stock market,  pembangunan, ekonomi dan segala berita baik tentang kebajikan sosial, politik dan pembangunan positif negara ini, langsung tidak mendapat perhatian stesyen Media antarabangsa yang besar itu !..

Tetapi sehari dua ini, alhamdulillah (!), KL malah Malaysia, mendapat liputan berita yang agak dominan dalam berita asing itu, dan mungkin ramai yang gembira dengan liputan berita itu, kerana berita tersebut menceritakan tentang protes besar-besaran di KL, dengan segala keganasan dan kekerasannya, menentang negara Malaysia ini yang telah menjadi amat"buruk" dan "zalim" sekali !

Inilah berita sensasi yang mahu digambarkan oleh berita antarabangsa itu supaya semua dunia mengetahui betapa "korupnya" negara yang bernama Malaysia ini, dan betapa "bertamadunnya" rakyat Malaysia yang telah berani keluar ke tengah jalan dan padang, dataran dan sebagainya untuk menuntut "keadilan", "kesejahteraan" dalam apa yang diistilahkan sebagai "Bersih 0.3".

Jalan2 dan kawasan di sekitar dataran Merdeka kelihatan seperti Medah Tahrir di Mesir, baju kuning kelihatan seperti baju merah para pemberontak di Thailand, memukul wartawan seperti pandangan di Somalia, membalikkan kenderaan polis kelihatan seperti pandangan di Baghdad dan Libya...Maka Malaysia seolah2 menjadi salah sebuah negara Arab yang Ketua negaranya digulingkan dengan kekerasan, dibunuh di hukum mati dan sebagainya, dan sistemnya harus dirombak habis2habisan...!

Sayang seribu kali sayang, akhirnya nama Malaysia telah diprojekkan oleh media antarabangsa dalam gambaran negatif yang tidak menunjukkan keadaan dan realiti negara ini yang sebenarnya, kerana orang2 yang terlibat dalam berita yang amat "sensasi" dan penganjurnya "yang menganjurkan segala lakonan dan rusuhan jalanan" yang merugikan semua kalangan  rakyat dan menyalah gunakan kebebasan mereka, telah tersalah congak dan tersilap strategi.

Sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah TV Al-Hijrah, saya amat bersimpati dengan juru kamera TV tersebut yang telah dibelasah dan dipukul begitu hebat, seolah2 nyawanya hendak dikorbankan, sedangkan dia hanya menjalankan tugas untuk memberikan gambaran tentang apa yang disaksikannya.

Dataran Merdekan sebenarnya bukanlah Medan Tahrir. Malaysia bukanlah seperti Tunisia, Mesir, Libya, Yaman atau Syria. Kehidupan di Malaysia bukanlah kehidupan yang rakyatnya serba miskin, menganggur, bengkrap ekonomi dan teknologi, tidak demokratik sehingga negara ini boleh dianggap sebagai negara kejam dan zalim, dan semuanya ini seharusnya diteliti dan dikaji sebaik2nya oleh pihak penganjur, sebelum menjalankan tindakan yang membinasakan negara sendiri.

Orang melakukan sesuatu tindakan haruslah berdasarkan fakta dan data yang sebenarnya, bukanlah kerana prejudis dan sangkaan2 buruk yang tidak terbukti kebenarannya. Bukan berdasarkan perasaan dan emosi yang melulu, dan bukan kerana kepentingan2 sempit yang tertentu.

Bagaimana pun mungkin segelintir orang merasa amat gembira dan puas hati dengan liputan berita antarabangsa yang menjatuhkan nama baik negara dan rakyat kita, tetapi bagi orang yang berfikiran waras dan bertamadun, mereka tentunya amat kesal dengan berita yang buruk itu, dan yang memalsukan kenyataan serta kebenaran, semata2 kerana tindakan melulu orang2 yang tidak bertanggung jawab.

Media asing yang dahagakan berita2 seperti itu tentang negara kita kerana mempunyai tujuan2 yang tertentu, sekurang2nya telah mendapat secebis berita yang mereka nanti2kan itu, maka apa lagi pucuk dicita hulam mendatang, dan kita saja yang menjadi pak pandir, menang sorak, kampung tergadai.



Thursday, April 26, 2012

PEMAIN BOLA DAN AHLI POLITIK

Sukan yang paling popular di dunia sekarang ini ialah bola sepak, sama sajalah dengan permainan yang paling popular dalam dunia ini selain dari bola sepak ialah permainan politik. 

Pasukan bola sepak mempunyai kategori dan mutu yang bermacam2, dan politik juga mempunyai pengamalnya yang terbahagi kepada beberapa kategori dan peringkat, kedua-dua permainan ini mempunyai pemain yang bijak, yang kurang bijak dan yang lemah, yang pemarah, sabar, cah keting, sentiasa membantah keputusan pengadil, glamor, skandal, makan duit dan sebagainya.......

Seperti bola sepak, maka permainan politik juga sentiasa mempunyai pasukan lawan, pakaian seragam yang berbeza, sentiasa membantah undang2, cuma kalau pemain bola sepak amat bergantung kepada kekuatan fizikal, otot2 kaki, dada dan kepala, maka pemain politik amat memerlukan kepada permainan lidah dan kerongkong, berkata2 dan berpidato, kadang2 seperti mesin gun, dan kadang2 seperti helilintar membelah bumi, Ronaldo, Messy, Rooney merupakan nama2 besar dalam bola sepak antarabangsa, maka ahli politik juga mempunyai nama hebat dalam dunia, Bush (!) Obama, Natanyaho...etc...etc

Bola sepak mempunyai pengikut dan penyokong masing2, demikian juga parti2 politik, ada penyokong taksub dan fanatik, terpekik melolong, gembira yang amat sangat ketika bola masuk gol, menangis dan terlalu amat berdukacita ketika mengalami kekalahan (seolah2 dunia ini telah berakhir), sanggup pecah pintu dan kerusi stadium, campak bunga api dan botol ke tengah padang, berlawan dan bergaduh, sanggup mati jika keadaan mendesak sehingga kadang2 terdapat pasukan bola sepak lawan yang terpaksa di bawa masuk ke dalam stadium dengan menggunakan kereta perisai macam orang nak pergi perang (!!)....

Bagaimana pun inilah resam dunia moden, ada kawan dan ada lawan, ada yang pendek akal, dan ada yang panjang akal, ada yang berhikmah dan ada yang tidak, ada yang mempunyai strategi yang baik dan ada yang langsung tidak punya strategi dalm aktiviti dan kegiatannya, ada yang taksub melulu dan ada yang masih dapat menggunakan akal dan pemikiran, ada yang hanya ingin membolot permainan untuk dirinya saja tanpa mengira kawan sepasukannya, dan....dan......

Cuma dalam permainan bola dan politik, terdapat penonton yang berkecuali, sokong yang mana baik dan bersih permainannya, yang punya perancangan dan agenda yang sihat untuk mencari kemenangan bermaruah, yang dapat mengangkat nama kelab nya cara yang terhormat dan penuh kemahiran, bukan nak menang saja tanpa mengira nilai moral dan akhlak serta adab, bukan hanya hendak menang, kemudian kampung tergadai....

Mungkin terdapat permainan lain lagi yang mempunyai persamaan dengan permainan bola sepak dan politik, tetapi selagi semuanya bernama permainan, maka tabiat dan caranya mungkin sama saja, ada pengadil dan undang2, tetapi sering dipertikaikan, kata pengadil berat sebelah dan tidak adil, kepong pengadil sampai tak dapat keluar stadium, menggadai nyawa untuk melawan musuh dan berbagai2 tektik pemain dan penyokong yang amat tidak bertamadun, dalam dunia yang didakwa bertamadun dan mempunyai kedaulatan undang2 ini...

Hai, dunia, dunia,,,,inilah permainan dunia selagi dunia ini belum kiamat..dan inilah permainan manusia dalam dunia yang merupakan pentas sandiwara dan permainan wayang .....Tapi permainan itulah yang disanjung orang, yang teramat masyhur dan gah.... 

Perlawanan bola dan politik tidak mengira lalu lintas dan orang awam, kalau ada perlawanan janganlah melewati dekat stadium, jalan sesak tak terkawal, ada demonstrasi tutuplah kedai dan balik rumah, rugi pun tak apa, biarkan puak2 tu selesai dulu, masing2 mengatakan : ini hak kami....hak semua: orang tua atau muda, lebai atau tak lebai, pelajar atau tidak, Dataran Merdeka atau tempat awam lain, apa pduli? Lama2 jadilah seperti kata pepatah Melayu: Si Luncai terjun dengan labu2nya, biarkan...biarkan....

Alahai dunia.....




(NOTA KAKI :
Kalau nak carikan permainan lain yang sama dengan bola dan politik, mungkin satu lagi gelenggang yang sama, iaitu "pemandu kereta" kita, "seleberati" dan jangan marah (!) mungkin juga "Pak2 Alim" kita yang tidak alim....



Monday, April 23, 2012

PERSEPSI DAN REALITI
Ketika bekas Presiden USA, Bush, hendak melakukan serangan ke atas Iraq lebih sepuluh tahun yang lalu, dia telah berjaya mempengaruhi pemikiran ramai penduduk dunia, terutamanya di Barat, bahawa dia perlu menghapuskan Saddam Husain dan menakluki Iraq keerana Iraq mempunyai senjata yang amat merbahaya, yang dinamakan Weapon of Mess Destruction (WMD). Malah alasan ini juga yang digunakannya untuk mempengaruhi PBB supaya memberikan restu kepadanya untuk menakluki Iraq, dan NATO juga bersetuju dengan teorinya itu, dengan alasan untuk menyelamatkan dunia dan manusia dari kehancuran WMD Iraq itu.

Setelah menduduki Iraq dengan segala kemusnahan dan kehilangan nyawa rakyat serta pemimpin Iraq yang tidak berdosa, maka gerakan mencari senjata itu "kononnya" dilancarkan, akhirnya tidak kelihatan dan tidak dijumpai senjata itu, malah bayang2nya pun tidak ada.

Ertinya kewujudan WMD itu hanyalah satu teori dan persepsi salah yang digambarkan sebagai satu realiti, semata2 untuk menipu orang ramai, sehingga orang semua terpengaruh dengan persepsi yang amat menyeleweng itu, sedangkan dia sendiri tahu bahawa apa yang dikatakannya itu hanyalah tipu helah darinya sahaja.

Inilah sebenarnya persepsi yang direka2kan oleh Bush dan berjaya mempengaruhi saerta memperdayakan dunia keseluruhannya, sehingga cita2nya untuk menakluki Iraq dan menghisap minyak Iraq, serta mengaut kekayaan negara itu berjaya dilakukan dengan jayanya.

Sekarang Iraq menjadi negara kacau bilau, penduduk Iraq bertentangan, berbunuhan, Syiah dan Sunni bertelagah, bom kereta, pengebom berani mati, masih tetap berlaku, sedangkan syarikat besar US dan Barat sedang giat menghisap minyak Iraq, dan Iraq menjadi tanah jajahan semula kepada Barat, khasnya US, sehinggakan bangunan kedutaan yang paling besar di dunia menurut berita akhbar, adalah terletak di Baghdad.

Inilah namanya "persepsi" dan "realiti" yang sering dimain2kan orang sekarang ini, terutamanya dalam dunia politik di mana2 saja, dengan tujuan untuk memperolehi sokongan orang ramai, termasuk untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya. Buat persepsi dulu, realitinya tolak sebelah, kemudian apabila mendapat sokongan barulah buat perkiraan lain, betul atau tidak  bukanlah menjadi persoalan sangat.

Di negara kita dalam situasi sekarang dimana terlalu banyak gerakan politik taksub dan politiking yang huru biru, terlalu banyak persepsi salah yang ditaburkan di sana sini untuk mempengaruhi pemikiran orang ramai, dan dengan itu membuatkan orang ramai mengambil sikap berat sebelah, tanpa usul periksa.

Rakyat amat mudah terpengaruh dengan persepsi yang bermacam2, dan terpengaruh dengan teori2 yang molok12 dan indah2, sedangkan hakikat dan realitinya belum pasti lagi. Inilah yang berlaku dalam pemikiran rakyat yang tidak mahu memeriksa hakikat, dan tidak mahu mengadakan sedikit kajian, sama ada teori dan persepsi itu betul atau tidak, memang berdasarkan fakta atau data2 yang tertentu.

Oleh itu kita orang awam seharusnya mempunyai pemikiran yang bebas dan pendirian yang teguh dalam mendengar sesuatu teori dan ketika disogokkan dengan sesuatu persepsi, kerana kita semua dapat berfikir dengan rasional, dengan matang, dan kita semua boleh membuat kajian sedikit sama ada apa2 yang kita dengar itu adalah realiti atau hanya .

Kita hidup dalam alam realiti, bukan alam fantasi. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Ini abad 21, bukan zaman batu, zaman ini zaman berfikir bukan zaman menjadi pak turut sahaja.

Tuesday, April 10, 2012

PERTABALAN YDP AGONG
11 HARIBULAN APRIL 2012 MERUPAKAN HARI BERSEJARAH BAGI NEGARA KITA, KERANA PADA HARI TERSEBUT, SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG DITABALKAN. SEJARAH INI MENJADI LEBIH PENTING KERANA SPB MERUPAKAN KETUA NEGARA YANG PERTAMA MENJAWAT JAWATAN TERSEBUT BUAT KALI KEDUA, YANG MENEMPA SEJARAH TERSENDIRI BAGI NEGARA YANG MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN DEMOKRATIK INI.

PERLEMBAGAAN MENETAPKAN PROSEDUR INI, DAN PENETAPAN INI SEMESTINYA DIPATUHI DAN DILAKSANAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA, MAKA APABILA TIBA GILIRANNYA SPB MENAIKI TAKHTA INI, MAKA SPB HARUSLAH DINOBATKAN SEBAGAI AGONG, DAN AMAT SELAYAKNYA DYMM SULTAN KEDAH YANG PERNAH MENJAWAT JAWATAN SPB YANG DI PERTUAN AGONG BUAT KALI PERTAMA DULU, KINI DITABALKAN SEMULA SEBAGAI SPB BUAT KALI KEDUANYA.

INILAH ERTINYA KEKUATAN PERLEMBAGAAN NEGARA YANG SEHARUSNYA MENJADI TONGGAK PEMERINTAHAN KITA DAN PERLU DIHORMATI.

SPB BERIKRAR SEMASA MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI YANG DI PERTUAN AGONG, BAHAWA BAGINDA AKAN MEMPERTAHANKAN ISLAM SEPANJANG PEMERINTAHANNYA, MAKA ISLAM ADALAH MERUPAKAN SESUATU YANG AMAT TINGGI DARJATNYA DI NEGARA INI, YANG BERADA DI BAWAH KEKUASAAN KETUA TERTINGGI NEGARA, SEBAGAI PELINDUNG KEPADA AGAMA YANG SUCI DAN PERKASA ITU.

INILAH PETA DAN LANSKAP NEGARA KITA DALAM MENGAMALKAN NEGARA BERAJA DAN BERAGAMA DALAM PERATURAN DAN SISTEMNYA YANG AMAT UNIK  BAGI NEGARA MUDA DAN BARU DALAM SEJARAH DUNIA PURBA YANG LEBIH LAMA, DAN YANG LEBIH JAUH SEJARAH KEBANGKITANNYA DARI KITA.

MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA KECIL, DENGAN PENDUDUKNYA YANG KECIL JUGA, MALAH UMAT ISLAMNYA JUGA HANYA MEMBENTUK MAJORITI YANG KECIL. TETAPI PUSAKA DAN PERATURAN HIDUP PENGHUNI ASLI NEGARA INI MEMPUNYAI BUDAYA DAN BUDI BICARA YANG BESAR DAN AGONG, MENGHORMATI SEMUA ORANG DI SEKELILINGNYA TANPA MENGIRA BAHASA DAN BANGSA, KETURUNAN DAN AGAMA.

OLEH ITU DALAM MERAYAKAN HARI PERTABALAN SPB, SEMANGAT INI HARUSLAH DIKEKALKAN DALAM KEUTUHANNYA, MENGHORMATI AGAMA ISLAM DAN AGAMA ORANG LAIN, BAHASA KEPELBAGAIAN KAUM, MALAH KEPELBAGAIAN AGAMA YANG DIANUTI OLEH RAKYAT MALAYSIA WALAU SEKECIL MANA SEKALI PUN PENGIKUTNYA.

INILAH WARISAN DAN PUSAKA NENEK MOYANG ORANG MELAYU SELAMA INI, DAN PUSAKA SERTA ADAB SOPAN INI TIDAK MUNGKIN AKAN DIRUNTUHKAN OLEH ORANG MELAYU SENDIRI SEGALA PERASAAN BAIK SANGKA DAN KESOPANAN MELAYU ITU DITERIMA OLEH ORANG LAIN DENGAN PERASAAN DAN SIKAP  YANG SAMA, DAN SELAMA MANA PENGHORMATAN DAN KEMESRAAN ORANG MELAYU ITU TIDAK DICABAR ATAU DI GANGGU GUGAT.

DAULAT TUANKU.

Wednesday, April 4, 2012

CHARITY BEGINS AT HOME

Charity begins at home I received an e-mail message last week from my friend in Saudi Arabia that I would like to share with my friends Malaysians. This e-mail was forwarded to me as well as to hundreds of others all over the world. It is, indeed, an important message to the whole world, the world that is full of violence, wars and inhuman people. For you who did not receive this message, let us read it together as follows : “Subject : Imperfection.” “When I was a little girl, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned toast in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed ! Yet all my dad did was reach for his toast, smile at my mom, and ask me how my day was at school. I don’t remember what I told him that night, but I do remember watching him smear butter and jelly on that toast and eat every bite !” “When I got up from the table that evening, I remember hearing my mom apologize to my dad for burning the toast. And I’ll never forget what he said : ‘Baby I loved burned toast !’ “Later that night, I went to kiss Daddy good night, and I asked him if he really like his toast burned. He wrapped me in his arms and said : ‘Debbie, your mom put in a hard day at work today and she’s real tired. And besides, a little burnt toast never hurt anyone ! You know life is full of imperfect things....and imperfect people.’ “ I am not the best housekeeper or cook. What I have learned over the years is that learning to accept each other’s faults, and choosing to celebrate each other’s differences, is one of the most important keys to creating healthy, growing and lasting relationship. And that’s my prayer for you today. That you will learn to take the good, the bad, and the ugly parts of your life and lay them at the feet of God. Because in the end, He’s the only One who will be able to give you a relationship where burnt toast isn’t a deal-breaker ! We could extend this to any relationship in fact – as understanding is the base of any relationship, be it a husband-wife or parent-child or friendship.....The quality of our lives depends on the quality of our relationship...”Peggy Tabor Millin. This message really touches our souls and hearts, giving us the meaning of tolerance and understanding. A good relationship is normally begins at home, in the family, and from there it spreads out to a society, and a nation. We, in this country, are building a united, peace and harmony nation in our multi racial society, the new concept of 1 Malaysia could be translated based on this message, that is to learn to accept each other’s differences, to take the good, the bad and the ugly of others as parts of our life. No body can claim he or she is a perfect person. We are all imperfect. Only God is perfect.

Friday, March 30, 2012


PENYAPU DAN KASUT !!



Bagi orang Melayu, penyapu dan kasut merupakan dua jenis benda yang dianggap sial dan tidak seharusnya digunakan untuk memukul orang. Tetapi tindakan membaling kasut atau selipar kepada orang yang dimarahi nampaknya telah berlaku dua kali di negara kita, menurut laporan akhbar, mungkin berlaku banyak lagi yang kita tak tahu kerana tidak dilaporkan..





Perbuatan ini berlaku dalam dunia antarabangsa agak lama dulu di ibu kota Iraq, Baghdad, iaitu ketika seorang wartawan membaling kasutnya kepada Presiden Bush dalam satu persidangan akhbar yang dihadiri juga oleh Presiden Iraq.





Peristiwa membaling kasut di dalam negara kita ini berlaku baru2 ini di dalam mahkamah, ketika seorang bekas Imam masjid membaling kasut (atau seliparnya?) kepada tiga orang hakim yang menolak rayuannya dalam satu kesnya. Sungguh pun kasut itu tidak mengenai sasarannya, iaitu para hakim tersebut, tetapi mengenai pegawai mahkamah, lalu kemudiannya si pembaling kasut itu dihadapkan ke mahkamah sekali lagi kerana perbuatannya yang dianggap menghina mahkamah dan dia telah menerima hukuman penjara.





Peristiwa ini rupa2nya berulang lagi bagi kali kedua, apabila kali ini seorang guru pula yang bertindak membaling seliparnya, dan sasarannya ialah muridnya sendiri. Tetapi kes ini tidak dibawa ke dalam mahkamah, kerana telah diselesaikan di luar mahkamah, iaitu ketika guru ini segera memohon maaf dari murid dan ibu bapanya itu.




Kalau mengikut adat dan tradisi kesopanan orang Melayu, maka kasut dan penyapu tentulah tidak boleh digunakan untuk menyakiti orang lain, apa lagi jika orang yang kita cuba sakitkan itu merupakan orang yang kita harus hormati dan kasihi, malah orang biasa, bukan pencuri atau penyangak, samseng atau peerompak. Bukan hanya setakat membaling kasut atau memukul dengan penyapu, malah menunjukkan sesuatu dengan kaki pun nampaknya agak kasar, kerana membuat isyarat tunjuk sesuatu mestilah dilakukan dengan jari tangan, dan lebeh bersopan lagi dengan ibu jari, oleh itu amat tidak sopan sekiranya seseorang menunjuk sesuatu di atas lantai dengan kakinya.




Demikian juga penyapu tidak seharusnya di gunakan oleh orang Melayu untuk menyentuh orang atau bergurau dengan orang lain. Sebab itulah penyapu hanya mungkin digunakan orang Melayu untuk menghalau kucing atau anjing, atau isteri yang terlalu marah kepada suaminya, namun selalunya ketika marah seperti ini pun, dia kadang2 hanya akan mengacu2kan penyapu saja, tidak sampai memukul suaminya itu dengan penyapu, walau pun suami yang berang mungkin tergamak memukul isterinya dengan penyapu! (bergurau saja saya!)




Itu satu hal, tetapi kelakuan yang berlaku ini lebeh2 menyedihkan kerana yang melakukannya ialah orang dewasa dan berkedudukan terhormat dalam masyarakat, tentulah lebeh besar lagi bahananya kepada masyarakat, dan tentulah lebeh merbahaya, kerana pepatah Melayu juga ada menyebut, kalau guru kencing berdiri, murid kencing berlari, iaitu kalau guru boleh membaling kasut, murid mungkin boleh membaling lesong batu kepada orang yang dimarahinya!! Bukankah padahnya lebeh besar dan merbahaya lagi, dan murid ini boleh berkata bahawa guru dia boleh baling kasut, kenapakah dia tidak boleh baling lesong batu??!




Tetapi kita pun faham, bahawa orang yang terlalu marah, sering bertindak di bawah sedar, ragut dan capai apa saja yang ada di dekatnya untuk dijadikan senjata dan alat untuk menyakiti orang lain. Kalau ada senapang, mungkin akan ditembaknya!




Inilah bahayanya marah tanpa pertimbangan. Sebab itulah agaknya dalam Quran, Allah sentiasa mengingatkan kita supaya banyak bersabar dan mengingati Allah, malah orang yang beriman seharusnya lebeh banyak dan lebeh tinggi lagi tingkat kesabarannya.....Siapa yang kurang kesabarannya, dan sering mengikut nafsu "ammarahnya" maka alamatnya dia kurang iman...!




Allah bersama2 orang yang sabar..











About Me

My Photo
Putrajaya, Malaysia
EDUCATION : Higher Certificate Kolej Islam Malaya (1962) M.A. Al-Azhar University, Cairo (1967) PhD St. Andrews University, Scotland, UK (1975) WORK : Syeikh Abdullah Fahim UKM Chair Holder, since July 2008 - now - 1Malaysia Foundation Trustee - TV Al-Hijrah Board Member - since 2010 - Former Academic Staff UKM (1972 - 1982) - UIAM (1983 - 1991) -Consultant ISIS Malaysia (1991 - 1992) - DG Institute of Islamic Understanding (IKIM) (1992 - 2002) - Malaysian Ambassador to Saudi Arabia, August (2005 - February 2008)

Pageviews last month